Kandungan rancangan Berita RTM

Berita RTM memberi fokus kepada berita dan rancangan berkaitan berita yang bersiaran 24 jam sehari meliputi 4 bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil. Saluran itu menawarkan 25 slot berita setiap hari, 12 bicarawara seminggu, lima hari berita perniagaan dan dua program majalah seminggu yang menyumbang kepada pemerkayaan minda masyarakat dengan pelbagai maklumat. Berita RTM juga membolehkan penonton menyaksikan siaran berita radio pelbagai bahasa selain siaran langsung dari konti-konti radio RTM di seluruh negara yang turut membicarakan isu-isu khusus berkaitan di peringkat negeri.[6] Di samping itu, ia juga menampilkan rancangan Pastikan Sahih yang disiarkan pada jam 6.30 petang dari Isnin hingga Jumaat, sebuah rancangan yang didedikasikan untuk membanteras berita palsu tular.[7][8]

Rujukan

WikiPedia: Berita RTM http://www.astroawani.com/berita-malaysia/saluran-... https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/06/25... https://newmalaysiatimes.com/2020/06/26/saifuddin-... https://www.projekmm.com/news/berita/2020/06/26/sa... https://www.theedgemarkets.com/article/saifuddin-l... https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/... https://www.hmetro.com.my/rap/2020/06/593588/salur... https://www.nst.com.my/lifestyle/groove/2020/06/60... https://berita.rtm.gov.my/ https://berita.rtm.gov.my